673,339 saman AES telah dikeluarkan

KUALA LUMPUR 16 Julai - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan sebanyak 673,339 saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sehingga 11 Jun lalu.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, daripada jumlah saman tersebut JPJ menerima sejumlah RM20 juta kompaun bagi tempoh yang sama sejak AES dikuatkuasakan pada September tahun lalu.

"Sehingga kini, agihan hasil kutipan bayaran saman AES sehingga 15 Mei lalu adalah sebanyak RM13.5 juta bagi syarikat konsesi terbabit dan RM3.4 juta untuk kerajaan berdasarkan formula tiga langkah yang telah dipersetujui dalam perjanjian konsesi tersebut," katanya dalam jawapan bertulis pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) mengenai bilangan AES yang dipasang, jumlah saman yang dikeluarkan dan jumlah bayaran yang berjaya dikutip.

Menurut Hishammuddin, setakat ini sebanyak 14 kamera AES telah beroperasi di lokasi yang telah ditetapkan di seluruh negara kecuali di Melaka yang masih dalam proses mengenal pasti lokasi pemasangan yang sesuai.

Source From : Utusan Online
Share this article :
 

Post a Comment

 
Copyright © 2011. AES Detector - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger