Kerajaan Kedah sokong laksana AES

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah menyokong semua langkah yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya termasuk pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata yang penting adalah keselamatan orang ramai di jalan raya berbanding isu-isu lain yang dibangkitkan mengenai AES.

Keadaan keselamatan di jalan raya sekarang sudah terlalu mendesak yang disebabkan sikap pemandu sendiri, kerana jika dibanding dengan negara lain yang lebih banyak bilangan kenderaan, kadar kemalangan lebih rendah, katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, di sini hari ini.

Menurut Mukhriz, dalam perbincangan beliau dengan Khalid hari ini, mereka menyentuh mengenai pusat hiburan yang beroperasi di Kedah dan beliau memberi jaminan kerajaan negeri tidak akan bertolak-ansur terhadap pusat hiburan yang melanggar peraturan.

"Kami akan sokong segala usaha oleh polis untuk ambil tindakan terhadap mana-mana premis hiburan yang melanggar undang-undang. Walaupun ada rayuan kalau terbukti melanggar undang-undang kami sokong tindakan tegas oleh polis," katanya.

Mengenai kedudukan Kedah sebagai negeri bersempadan dengan negara jiran, beliau melahirkan kebimbangannya jika berlaku kes-kes penyeludupan khususnya yang melibatkan senjata api.

"Saya faham memang payah nak periksa setiap orang dan kenderaan yang memasuki sempadan kita. Perlu cara untuk mengelakkan barang-barang tidak diingini masuk ke negara kita," katanya.

Berkenaan cadangan Kementerian Dalam Negeri untuk memasang mesin pengimbas di kawasan pintu masuk negara, Mukhriz berkata pihak kerajaan negeri mengalu-alukan langkah itu terutama bagi mengekang penyeludupan seperti senjata api dan dadah. - Bernama

Source From : SinarHarian
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

11 October 2013 at 11:23

This blog is truly awesome in all aspects.
dash cam
car camera
dashboard camera
car cam

Post a Comment

 
Copyright © 2011. AES Detector - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger